Saturday, November 14, 2015

stereotype


Siapa dekat sini yang jenis susah nak terima satu benda baru kalau dah suka dekat something? Ye, aku lah tu. 

Contoh macam makanan, atau pakaian. Kalau aku dah suka satu perisa/jenis/jenama tu, aku jarang nak switch kepada yang lain. Kecuali kalau masa nak beli, yang aku suka itu tiada (atau sold out) atau whatever the reason is. Aku selalu aja berfikir-fikir nak tukar pilihan aku, sampai 40 kali fikir masa sebelum sampai kaunter. At last aku pilih yang selalu aku order itu juga. Sigh, I know. Itulah dilema seorang zuhaida yang tipikal.

Kenapa macamtu? Aku pun taktahu sebabnya. Mungkin takut yang baru itu tidak sama dengan yang lama? Memanglah tidak akan sama, kalau mocha dengan green tea memang selamanya tidak akan sama kan. Ha ha. 

Kalau circle kawan-kawan pun sama. Aku jarang nak expand my friendship circle. Selalunya akan berkisar sekitar orang-orang yang sama. Mungkin sebab itu aku ini tak ada kawan yang ramai? Mungkin takmahu letak high expectation?

Kalau class project yang perlukan group work, aku takut betul kalau lecturer yang form the group without giving us the chance to choose the members. Nanti dapat group mates yang tak boleh kerjasama, susahlah kan? (Eleh padahal takut takdapat sama group dengan member).

I always said to myself "I got to expand my circle, a lot are yet to be discovered" but here I am. Kalau circle berkembang, maka kita juga akan gain a lot of new experiences kan? Barulah ada banyak benda berfaedah yang boleh dikongsi bukan? Ya benar sekali. 

p/s: We heard a lot had happened around the world recently. Don't stop praying because that is the strongest weapon we have :)


1 comment:

Emi Jung said...

Can totally relate.

Hai. Singgah blogwalk petang :)