Friday, June 26, 2015

pengalaman


Orang cakap makin jauh berjalan maka makin luas pengalaman kita. Maka aku rasa nak mengiakan cakap tersebut. Selama ini hidup aku hanya berpusing sekitar university life (baca: pergi kelas, balik, makan, study, tidur dan ulang sampai habis), sekitar rumah, sekitar kawan-kawan universiti, kawan-kawan sekolah. Bila aku mula praktikal which I once didn't like it (we, in fact didn't like it) sebab kami diletak di department yang terpesong langsung dari apa yang dibelajar. Yelah, dah kena buat wiring walaupun sebenarnya aku tak suka sangat benda berkaitan electrical/electronics. Memang terpesong 360 degree. 

Cerita sebenarnya, I met a few good people here. People with different life backgrounds and stories. Those people taught me many new things, walaupun bukan secara direct. Cara mereka cerita pasal kehidupan mereka, cara mereka bekerja, cara mereka handle themselves well buat aku fikir dari satu prespektif lain. Lain orang, lain cerita, sama ada yang bernasib baik atau yang tidak. Semuanya ajar aku sesuatu yang baru. 

Yang penting sekali, syukur. Sebab kadang-kadang aku pun nak rebel pasal kehidupan aku. Tak tahu apa yang perlu dicomplain lagi sebenarnya. Sebab ada ramai lagi yang kurang bernasib baik tapi mereka happy. So why not me? 

So, instead of the facts that I hate doing electrical/electronics engineering works and I count how many days/weeks to finish with this thing, I am happy doing my internship here (kot). I don't know with my other two friends. He he.

The second important thing, self survival sangatlah penting sini. Yelah dah duduk rumah sewa jauh dari mama abah. Semuanya kau kena buat sendiri. Dekat sini barulah nak reti rasa jenuhnya mama abah cari rezeki untuk anak-anak. Sebab aku dah rasa dah susahnya. Amboi sembang macam dah kerja betul (masukkan ikon sinis). 

"Macamtu la susahnya mama abah cari rezeki untuk kakak adik. Sekarang adik tahu la susahnya nak bina kehidupan sendiri" -Mama (and will always be remembered)


Gambar: tumblr


Kan orang cakap setiap apa yang jadi/yang dipilih mesti akan ada hikmahnya. Cuma lambat dengan cepat sahaja beza dia. Setiap hari pun aku harap benda ni. Kalau tak sekarang, kemudian nanti aku akan nampak hikmah dia. 

I am done. Phewww, sampai berjam nak habiskan satu post.

p/s: Selamat Ramadhan.