Sunday, November 20, 2011

tekanan


Assalamualaikum.

ini adalah satu sms dari sorang teman baik saya. rasa sangat menarik untuk dikongsi. seriously saya impressed gila dengan ni dan mestilah insaf sekejap.

"Semua benda yang memberi kejutan perlukan letupan. Kalau tak bunyi 'sssss' tentu tak terkejut kan. Tubuh kita perlukan tekanan. Bila paip air takde air, maknanya takde pressure la waktu tu. Betul tak? Manusia memang sifatnya suka nak lemah-lemah, malas-malas, relaks-relaks tapi tu semua akan membawa kepada kemunduran. Kalau nak maju perlukan tekanan. Kita memang perli ditekan sikit supaya bergerak dan bertindak. Biasanya orang jarang ketinggalan kapal terbang. Sebab apa? Sebab syarikat penerbangan memberi tekanan dekat kita. Siapa lambat 'goodbye' dan wang takkan dikembalikan. Jadual diorang telah memberikan tekanan dan kerana itulah orang tak boleh tidur atau tidur tak selesa jika dia nak terbang esok. Nampak tak tekanan tu boleh jadualkan hidup manusia dan jadikan manusia lebih berdisiplin untuk capai kemahuannya. Renungkan. Kehidupan ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya kita tak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu."

thanks kamal :)

woot woot, serius panjang gila dia text saya semalam. ini memang kena tepat kat saya sebab biasalah saya ni. kalau konon pressure sikit tu terus taknak belajar. so ini boleh jadi pengajaran ye cik zuhaida.


Sunday, October 9, 2011

sekadar perkongsian



Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi ,
Sekukuh apa pun cabaran yang kita jalani ,
Sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai ,
Sejenuh mana pun hari-harai yang kita lalui ,

Jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan ILAHI ,
Jangan pernah berhenti berdoa kepada RABBI .

Kerana harapan adalah masa hadapan ,
Kerana harapan adalah sumber kekuatan ,
Kerana doa adalah pintu kebaikan dan 
Kerana doa adalah senjata orang-orang yang beriman .


*sekadar perkongsian :)


Saturday, July 23, 2011

bukit cerakah :)


Assalamualaikum .

aku tak update lama-lama sangat sebab takde internet . okey tipu . aku tak update sebab busy tahap melampau sampai tak sempat duduk pun . okey tipu lagi . tapi pendek cerita busy la .

bukit cerakah punya cerita ni cerita zaman paleolitik lagi . okey hiperbola . minggu lepas punya cerita tapi sebab mala nak online + busy tahap melampau . baru hari ni nak update . 

let's start . 
bukit cerakah tu nama lama dia . nama baru dia den tak ingat la . ce google , HIHII . dah lama ina plan nak pergi tapi asyik ada halangan aje . so minggu lepas kitorang pergi la . aku , ina , fairuz , piah dengan alia . dekat situ boleh naik basikal tapi penat macam pa aku cakap kat korang . tapi macam ni . masa dekat sana tengah penat-penat cakap "lepas ni taknak datang sini dah" pastu bila dah sampai bilik macam ni pulak "nanti nak pergi lagi , best yang amat" . haaa kau . tapi yang kurang menarik tu , sebab takde nikon sebab mama tak kasi bawak -,- so gambar diambil dengan kamera handphone aku dengan kamera ina .

so , ini dia gambar dari kamera handphone den dengan kamera ina :)










ini paling tak boleh go . penat sampai terbaring dah -,-


aku suka gambar ni .










gambar ini lagi aku suka . walaupun gelap *art of photography* kata alia , HAHA .
walaupun kamera handphone je menjadi mangsa .

 

*abaikan gambar ini . ini muka dah penat sambil makan roti untuk tambah tenaga , HAHA .
p/s : gambar tak ikut susunan apa yang berlaku :)

okey , itu gambar yang berjaya dimasukkan dengan gagah dekat sini . lebih tu , aku simpan buat perkasam . maklumlah , nak upload gambar slow macam siput tengah berjoging . okey merepek .

oh , I'm home :)

malam ni haruslah tengok bola walaupun minggu depan aku nak pergi berperang dengan paper midsem . sekali sekala takpe kan , jangan sekali dua kala tu . letih nanti kan kan . BTW , good luck team malaysia . saya di sini meng'support' anda bermain :)

and I love you , sorry for all wrongdoings .

and saya sayang anda semua wahai visitor-visitor dan followers :)

okey dah , nak mandi dan terpacak depan TV tengok bola . 
tata .


Monday, May 16, 2011

dekat aje .


Assalamualaikum .

dengan perancangan setengah jam sebelum bertolak . dengan bilik hotel yang belum confirm ada . dengan tak berancang nak pakai baju mana . tu dia , terbaik ah . 

"jom pergi cameron hari ni la"
"jom"
bayangkan . senangnya sebut jom tapi bapak payah nak cari hotel kosong . mentang la sama-sama pahang kan . dekat sangat pulak kan . bila call hotel , semua cakap macam ni 
"bilik kita penuh la cik untuk malam ni"
"penuh cik"
"kita tak ada bilik malam ni cik"
hambik kau . last-last dapat ah bilik yang separa comel ala-ala rumah tumpangan kelas 3 . HA HA . janji dapat tidur . janji dapat rehat . aku fikir gini je . kalau takde bilik . kita balik jelah malam tu . mentang dekat kan . dalam sejam setengah je . 

pergi hari sabtu petang balik hari ahad tengah hari . cool . memang sejuk la sebab hujan kan . ngehngehngeh , lepas la hajat akak aku -,-


kalau cameron , haruslah strawberi kan . HA HA .




dua gambar bunga dekat ape tah nama tempat tu .
motif ? bunga la kan .
bateri kamera nyawa-nyawa ikan dah time neh . huaaa -,-


tangan sape ? teka ah . HA HA .
den suka sangat gambar neh .


aiskrim . sedap tapi kau tau . sakit gigi .










lagi gambar bunga . 
memang aku dah target pergi cameron , nak ambik gambar bunga HANYA .
sebab tu takde gambar aku . tambah pulak bateri kamera nazak .
takde ah posing-posing maut segala bagai .

gambar tak cantik mana . belum mampu nak menembak gambar yang sangat indah-permai-cantik sangat macam pro yang lain . torai saje , HA HA .

pergi cameron kali ni tak berjalan banyak sangat . tiap-tiap tahun pergi . lagipun masa tak banyak . tengok aje lah plan yang sangat mengejut macam terkena kejutan elektrik tu kan . 

okey dah merepek .
sampai sini dulu la . hari nak hujan kat luar tu .


Monday, May 2, 2011

Pulau Langkawi .


Assalamualaikum .

Alhamdulillah den telah selamat tiba ke rumah semalam setelah bercuti dengan rakusnya ke pulau langkawi . percutian selama 2 hari 1 malam itu sangat la best walaupun sangat sekejap tapi overall puas hati . dapat la beli cekelat yang banyak untuk diberi kepada teman rapat . HAHA . terima kasih kat pakcik yang bawak teksi tu sebab bawak kami pusing boleh kata satu pulau tu habis jelajah . start dari sampai airport tu . then sampai dia hantar balik ke airport . terbaik ! ina cakap "pergi 2 hari  takde feel . pergi la 3 hari , baru best" . takpe , dah terlebih puas hati sebab sebelum ni dah pernah datang langkawi . ini second time :)

terasa malas nak story panjang lebar sampai sama panjang dengan sungai pahang . 
ohh btw , den bercuti dalam negara saje . best jugak . den orang kampung je , HA HA .



ini budak den jumpa kat airport . cute macam apa . dah la brutal . rasa macam nak kidnap -,-




view dari atas . ohh , den memang jakun sebab tak pernah naik kan .
sebab tu jadi gitu .


cantik . rasa macam nak pegang .










gambar dekat makam mahsuri .












ini den tengah bernasyid dekat situ . HA HA .


dekat dataran lang . pakcik teksi cakap kalau datang nak dekat malam sejuk sikit . ini dah petang hampir ke malam :))


makan malam dekat kawasan hotel tu je . 
itu dah siap makan . lapar , bedal je semua .


den beli untuk encik yayang :)




sebelum check out hotel .




dekat galeria perdana .








dekat air terjun apa entah . lupa dah -,-








underwater world . 


ini tayang muka sendiri . dekat airport , HA HA .
biasa ah , jakun kan .


okey . banyak tak . dah sekian lama blog sunyi dari sebarang objek berasaskan gambar . sekarang ambik kau . sekilo dah aku letak . 

malas nak cerita lagi dah . gambar tu cerita semua benda yang jadi . heee . gambar den takde lawa mana . kalau suka tengok . kalau tak suka . tak payah tengok . as simple as that .

okey dah . done with holiday :)