Sunday, January 4, 2015

Selamat 2015


Dah masuk tahun baru 2015. Eh macam tak percaya. Aku malas nak taip "eh, rasa cepat betul masa berlalu", sounds cliche kan? Eh, aku tulis dah pun. Cliche much? Tapi memang cepat teramat sangat 2014 berlalu. Dia macam datang, singgah sekejap lepastu terus pergi. 

Sementara aku masih di sini, mengaji engineering tak habis-habis. Woi bilalah boleh grad boleh jadi engineer ni. Eh, aku ada. Kadang-kadang ada juga rasa nak sign in dan tulis sesuatu kat blog ni, tapi kekangan masa tak dapat dielak. Serius ah sibuk sampai baru aku rasa nikmat (baca: sengsara) kehidupan seorang pelajar. Macamlah baru sekarang pun kau mula jadi pelajar *masukkan ikon sarkastik.

Sekarang pun tengah bersengsara dengan buku, nota-nota kecil, aku curi sign in sekejap sebab aku rindu betei dengan blog ni. Sleeping pattern totally messed up. Eh bukan time final exam macam sekarang je yang aku mess my sleeping pattern, malah selalu pun. Kalau tak sebab siapkan kerja (termasuk study untuk kuiz dan test keesokan hari, siapkan assignment yang tertangguh, kerja sampingan lain) pun, tengok movie pun penyumbang kepada ke-messed-up-an sleeping pattern aku. Ehh? 

Aku kena ada inspirasi. Eh tetiba.

Okey, aku rasa aku dah patut tidur. Esok pagi (atau kejap lagi) perlu sambung berjuang untuk sisa baki dua paper lagi. Doakan yang baik-baik sahaja. 

Aku masih memikir apa motif post ni sebenarnya. Hmm. Mungkin sekadar ucapan selamat tahun 2015 (yang jelas aku sambut dengan final exam yang tinggal lagi dua). 

Jadi, Selamat Tahun 2015 semua orang!


2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum.

langkah 2015 dengan semangat baru..

=)

Unknown said...

Wslm..tabahkan diri