Assalamualaikum.
hai, aku nak menyambung cerita hari ketiga pasal uzbek. apa? belum habis lagi ke? alaa, rileks ye awak. ni baru cerita hari ketiga. kami pergi sana seminggu. so banyak hari lagi belum cerita kat sini. hiks.
okey, hari ketiga. 24 mac 2013. pagi tu lepas siap sarapan apa semua, kami bergerak ke Tashkent State Institute of Oriental Studies yang kami dah pergi hari kedua tu. tapi idok la nak pergi buat persembahan lagi kat situ. kami pergi untuk buat aktiviti kat situ sambil beramah mesra dengan lebih ramah dengan student Bahasa Melayu sebab semalam tu tak berapa sempat nak beramah mesra sangat kan. tapi bila sampai situ, ada sedikit masalah teknikal yang tak dapat nak dielak. dan, aktiviti yang kami rancang tak dapat nak diteruskan.
gambar sekitar hotel.
sebelum gerak sempat lagi merayap dengan nazu sebab nak tangkap gambar. hiks.
tapi ada ganti dengan aktiviti lain. aktiviti gantian, jalan-jalan. lecturer BM kat situ yang nama cikgu faridah yang aku cerita sebelum ni bawak kami semua pergi jalan-jalan. naik metro sampai chorsu ( aku tak berapa pasti ejaan dia tapi cenggitu la nak sebut dia ). chorsu tu apa? jengjeng. macam bazar. ada jual macam-macam la kat situ. dari makanan, roti, pakaian, cenderahati, sayuran dan segala benda.
bila sebut bazar, kita ingat apa? shopping? ya, tepat sekali. shopping itu perlu. tapi masatu aku tak membeli banyak sangat sebab kononnya "alaa, ini bukan shopping official lagi. nanti mesti ada pergi shopping lagi. so tak payah beli banyak-banyak dulu". okey.
macamtu la keadaan bazar dia. kat sini jangan ceritalah camane orang dia pandang kami pelik gila, lagi sekali. tapi aku macam ni je "buat rileks dan teruskan usha barang-barang".
terasa femes sekejap orang asyik pandang je, okbai.
makanan, buah-buahan yang ada kat bazar tu.
dekat bazar dia kurang jual barang macam cenderahati. in fact, kat uzbek tak banyak pun aku jumpa benda-benda macam keychain ataupun apa-apa benda yang sesuai nak buat cenderahati. kalau ada pun, keychain bentuk patung. kurang sesuai la kan kalau beli. yang agak sesuai buat cenderahati macam magnet lekat kat peti. itupun tak banyak pilihan. tapi aku beli jugak sebab dah taktau nak beli.
salah satu kedai jual cenderahati.
gambar taktau nak kredit kat sape sebab tak ingat sape yang ambik -,-
kat uzbek ni banyak jual benda yang buatan tangan. macam beg buatan tangan. kopiah buatan tangan. cantik okey. harga pun cantik.
inilah cikgu faridah. eh salah, adik kepada cikgu faridah yang bawak kami jalan-jalan haritu.
comel kan. geram rasa nak bawak balik mesia ^^
okey, cukup dengan cerita chorsu bazar. lepastu, gerak balik semula ke hotel. bersiap untuk ke persembahan di Tashkent Art Center. okey, rasa macam retis pun ada sebab buat persembahan sana sini. heks.
Tashkent Art Center.
kredit gambar : Nazurah.
dalam pukul 6 petang sampai sana, tengok-tengok tempat. pastu kena buat rehearsal bagai. pastu baru get ready untuk perform bebetul.
kanak-kanak indang dan zapin ( bak kata kakcik ). hewhew.
gambar lepas persembahan.
kredit gambar : Nazurah.
gambar masa persembahan, taknak la letak. hiks. so lepas siap perform. kami makan kat situ. sebab kami bayar untuk makan okey.
walaupun nasi dia seciput, tapi tetap bersyukur sebab kat sana sangat susah nak dapat nasi.
susah la untuk orang perut melayu macam aku ni. hiks.
kredit gambar : Nazurah.
lepas dah settle semua tu, kami bergerak balik ke hotel. malam tu rasanya takde buat pape dah kat hotel ( seingat aku ). ke aku yang tak ingat? eh entah. ape entah masalah nak ingat ape yang jadi waktu malam kat uzbek tu. heks.
rasanya itu je cerita hari ketiga. kalau ada cerita yang tertinggal, mohon bagitahu kakteh eh #TeamUzbek. nanti kakteh betulkan.
p/s : gambar yang tak ada watermark aku ( zuhaidazunairi ) maksudnya semua gambar dari kamera Nazurah ataupun dia yang tangkapkan guna kamera aku ( in case aku terlupa kredit kat dia ).
sekian cerita hari ketiga. jemput baca jugak cerita hari kedua :)
terima kasih.
No comments:
Post a Comment