Assalamualaikum.
Bismillah. entri ini mungkin akan menjadi entri bergambar.
baiklah. seperti yang dikatakan dalam entri sebelum ni, aku cakap nak update pasal program ke Tashkent, Uzbekistan tu. sebelum aku cerita apa yang jadi kat sana, biar aku cerita serba sedikit pasal program ni dulu.
program ni nama dia "Enhancing Knowledge of Malay Language and Community Service in Tashkent, Uzbekistan". program ni untuk memantapkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan student-student kat unibersiti kat Uzbek tu. sebab diorang pun ada belajar Bahasa Melayu tau. so kiranya kitorang pergi nak mengajar diorang Bahasa Melayu kot #eh. bukanlah mengajar cara formal macam dalam lecture hall tu. kita berbual dengan diorang dalam BM pun dah kira ajar. ye dok? so inilah dia program yang pernah cerita dalam entri aku yang lepas-lepas tu. alaa, yang kata kitorang berniaga, bukak gerai segala nak tambah dana tu. semuanya untuk program uzbek ni.
hari pertama 22 mac 2013. kitorang gerak dari uia dalam pukul 4.30 pagi dengan bas uia. sebab flight pukul 10.10 pagi. sampai KLIA lebih kurang pukul 6.15 pagi. solat subuh semua. check in. hantar beg. pastu tunggu pukul 10.10 pagi.
muka aku jangan cerita la. muka eksaited, debor, seronok semua ada. maklumlah first time pergi luar negara. dengan kawan-kawan and lecturer pulak. mestilah lain sikit rasa dia banding berjalan dengan family.
ini antara gambar mereka. maaf sebab gabung dalam satu gambar. banyak amat taktau nak pilih mana.
kredit gambar : Nazurah.
teruja amat. kbai.
gambar dalam entri sebelum ni. sumpah lawa.
aku dapat seat tepi tingkap. apa lagi, gunakan peluang yang ada :D
sampai sana sekitar jam 3 petang waktu uzbek. waktu dia lambat 3 jam dari malaysia. diorang baru habis winter, dah masuk spring. tapi still sejuk.
Hello Tashkent, Uzbekistan.
tapi yang tak best sikit, diorang punya sistem sangat leceh. nak masuk negara diorang kena isi borang la segala. isi berapa banyak duit yang kita bawak masuk ke sana. aku taktahu la negara lain camane sebab tak pernah pergi oversea sebelum ni. tapi takpe, tu semua pengalaman baru kan.
gambar kiri atas : jalan dekat kawasan hotel.
gambar kanan atas : masa baru sampai hotel. uncle driver bas tu baik gilaa.
gambar kiri bawah : Tashkent International Airport dari luar.
gambar kanan bawah : amirah, syamsul, aqilah, ain, paan, zulaiha and kak husna.
kredit gambar : Nazurah.
sekitar bandar Tashkent. rasanya gambar ni snap masa dalam bas on the way ke hotel.
I jatuh cinta dengan pemandangan dia.
kredit gambar : Nazurah.
sampai hotel ( safar hotel ), settle semua benda. uncle rustam ( kawan cikgu zuber ) masak special untuk kami semua. merasa la kami makan megi uzbek. haha. diorang semua cakap megi tu sedap. aku tak sempat nak rasa megi tu sedap ke tak sebab makan laju sangat agaknya.
Safar Hotel.
malam tu, kitorang keluar jalan-jalan sekitar hotel tu. jalan kaki je tau. sejuk sangat bila dah malam. first time sampai kan. macam terkejut sikit dengan perubahan cuaca. ecewahh. uncle rustam bawak kami naik metro ( keretapi bawah tanah ). just naik dari satu stesen ke stesen lain. dia nak bagi kami rasa naik metro tu je sebenarnya.
sebelum keluar tu, terserempak dengan Ahad ( betul ke idok cara eja ). dia student salah satu unibersiti yang kami pergi tu. tapi dia tak belajar BM. sorang lagi, Murza tu yang belajar BM. kami cakap malay dengan dia k. cuma dia takdelah cakap lancar macam kita. diorang berdua pun ikut kami jalan-jalan malam tu.
rumah kat sekitar hotel kami.
gambar misteri. haha sebab si faedz tu macam invicible.
kredit gambar : Nazurah.
gambar dalam metro tu tak ada sebab polis dah awal-awal lagi cakap "no photo". okbai. dia punya stesen cantik-cantik kot. rugi takdapat ambik gambar.
oh ya, masa kat setiap stesen metro tu. orang uzbek kat sana pandang pelik gila kat kami semua. mungkin sebab tengok kami yang perempuan semua pakai tudung. dah la jalan beramai-ramai kan. mungkin jugak sebab kat sana jarang ada tourists datang. agaknyalah, aku pun taktahu apa yang bermain dalam fikiran diorang semua.
okey. rasanya ini je dulu kot cerita untuk hari pertama kat uzbek. kalau ada yang aku tertinggal nak cerita, nanti aku masukkan sekali dalam entri untuk hari kedua.
lepasni insyaAllah akan banyak lagi cerita dan gambar.
terima kasih kerana membaca *ayat nak BM sangat*.
p/s : gambar yang tak ada watermark aku ( zuhaidazunairi ) maksudnya semua gambar dari kamera Nazurah, in case aku terlupa nak kredit kat dia :)
No comments:
Post a Comment