Friday, April 5, 2013

Uzbekistan - HARI KEDUA ( part 2 )


Assalamualaikum.

hai. aku nak menyambung cerita hari kedua - bahagian dua pasal uzbek. ye, tadi tak habis tulis sebab panjang sangat rasanya kalau compress semua cerita hari kedua dalam satu entri.

okey, masih di hari kedua. 23 mac 2013. lepas balik dari makan tengahari kat rumah Duta Malaysia ke Uzbek tu, kami bersiap untuk ke sarkas. ye, sarkas. tapi idok la kami pergi perform indang dengan zapin pulak kat situ. pergi untuk tengok sarkas la. aku tak pernah tengok sarkas selama hayat aku 21 tahun ni k. tetibe kat uzbek pergi tengok sarkas. okey.

orang uzbek kan suka sangat dengan hiburan. jadi diorang memang beramai-ramai datang tengok sarkas tu haritu. 


itu ha sarkas nya. besar gedabak kan tempat dia. 


ini antara perfomance masatu. 
budak kecik tu terer k. tapi yang mengangkat tu lagi terer ^^


singa dengan harimau pun perform. okey.
sebenarnya nak fokuskan cara singa tu duduk. omey sangat. tangan dia terjuntai ke bawah sebab badan dia besar sangat, tak muat atas tempat duduk dia tu. hiks :)


Zulaiha dengan Ainil. 

lepastu dah habis performances, keluar. sesi bergambar kat luar pulak. masatu sejuk gila hokay. angin petag dia kemain kuat -,-


kat sekitar kawasan luar sarkas tu.

lepastu kami pergi minum teh dekat kedai dekat-dekat situ. ramai-ramai masuk kedai tu. orang uzbek pandang pelik, lagi. redha jelah kakteh. makan roti. since makanan utama kat sana roti kan. 


itu teh dia. minum dalam mangkuk. kat sana memang jarang jumpa gelas and cawan. 
minum air masak pun kena dalam mangkuk kalau kat hotel tu.


kami memang suka bergambar ^^
dalam gambar : Paan, Syamsul, Mimi, Melly, Faedz, Fakrul.

lepas dah siap minum makan semua, gerak balik ke hotel naik teksi. teksi dia kena bayar dalam 4k - 5k ( som ) satu trip. dalam rm 7.50 duit mesia. malam tu rasanya tak ada buat apa-apa. ke aku yang tak ingat. entah. 

oh ya, ada separuh yang lelakinya ikut cikgu pergi rumah uncle rustam ( kawan cikgu zuber ) tu. diorang makan kat rumah uncle rustam tau dak. yang tinggal kat hotel malam tu memasing jealous je. yang tinggal malam tu masak sendiri untuk dinner ( rasanyalah ). dan masak apa tu aku dah tak ingat ( hiks ). 

okey, rasanya itu je kot cerita hari kedua ( part 2 ). ayat yang last tu apak Paan yang ingatkan aku, lepas aku tanya dia. thank you apak. haha teruk la tak ingat kronologi event. 

yeayy! akhirnya berjaya habiskan cerita hari kedua. eh, rasanya tak ada cerita yang tertinggal dah. kalau ada lagi kakteh tak masukkan cerita, mohon bagitau hokay #TeamUzbek :)

oh, dan ni cerita hari kedua ( part 1 ).

I'm done. nak tidur. terima kasih kerana membaca ( masih 'ayat BM sangat' lagi ). haha.



1 comment:

4feet8 said...

eh, besnya ada peluang.. ;)
first time tgk sarkas masa darjah 3..hehe