Thursday, November 8, 2012

peluang


Assalamualaikum.

"kalau awak semua diberi satu peluang, apa yang awak nak?"

semalam dalam kelas BM, cikgu tanya satu soalan kat kitorang semua. soalan dia macam kat atas tu. ini satu benda yang aku suka pasal kelas BM. kelas dia santai. cikgu dia baik. dan dia suka berborak pasal kehidupan. oh, btw aku ambik subjek BM untuk semester ni. semua orang memang kena ambik. dan kitorang panggil lecturer BM sebagai cikgu. best kan. macam kembali ke zaman sekolah.

jadinya, untuk soalan cikgu tu. aku jawab kalau aku diberi peluang, aku nak kembali ke alam persekolahan. kenapa?




sebab pada aku, alam persekolahan adalah yang paling best kalau compare dengan unibersiti ni. kot. masa sekolah dulu, tak ada tekanan sangat. aku hanya belajar dan mengulangkaji bila aku rasa nak. masa sekolah jugak tak ada kekangan masa sangat macam masa kat unibersiti ni. sekarang ni masa tu seolah tak cukup. cewahh, padahal 24 jam tu sebenarnya dah terlebih cukup kalau digunakan sebaiknya. 

masa sekolah dulu aku sentiasa ada dekat rumah, dekat dengan mama abah. sebab yelah, aku mana pernah duduk asrama sampailah masuk UIA. herherher. masa sekolah dulu tak payah pening fikirkan pasal kuiz, assignment dan projek dan segala yang seangkatan dengannya. ye, sekolah pun ada homework. sekolah pun ada exam jugak. tapi mestilah tak seteruk kat sini kan. sigh -,-




pastu cikgu cakap macam ni,

"bila awak dah masuk alam pekerjaan nanti, awak akan rasa alam universiti adalah yang paling best, paling seronok."

cikgu cakap lagi, kita memang takkan rasa keseronokan sesuatu benda tu sampailah kita dah tak melalui benda tu. contohnya macam aku la, masa sekolah dulu punyalah rasa tak best. rasa nak cepat masuk unibersiti. sekarang dah masuk unibersiti dah pun, baru nak cakap sekolah tu best. seronok. typical me T__T

rasanya panjang pulak aku menulis malam ni. dah lama tak tulis entri agak panjang begini. jadi, apa kata kalau kita kongsi apa peluang yang korang semua nak. 

aku berhenti kat sini dulu. jom la kongsi sama-sama :)


Thursday, August 2, 2012

akhirnya


Assalamualaikum.

hai semua. dah lama rasanya tak menulis kat belog kesayangan. banyak sebab yang jadi aku tak update belog. sibuk, takde masa, malas. ah, macam-macam la sebab. sampaikan sekarang aku nak menulis pun jadi kekok. 

dah dua minggu pun aku rasa aku tak update belog. sigh.


sumber gambar : sini


first sekali nak cerita, hari selasa 24 julai 2012, pukul 11.30 malam. mama call aku bagitahu yang akhirnya aki pergi jugak tinggalkan kami semua. aku menangis. aku belum siap untuk semua tu. tapi aku tak terkilan sebab aku dah sempat jaga dia. cumanya, beberepa jam sebelum aku dapat call tu, abah ada mesej aku cakap aki dah semakin teruk dan abah mintak aku sedia untuk semua kemungkinan. dan aku ada cakap kat mama yang aku nak balik rumah hujung minggu tu untuk jaga aki. tapi hajat aku tak kesampaian. pastu mama ada cakap, siang sebelum aki meninggal. dia cari aku. dia tanya mana aku pada kakak aku.

tapi alhamdulillah, aku sempat tengok wajah aki buat kali terakhir. wajah dia seolah tersenyum. dan aku doakan dia sentiasa tenang. amin.

so, itulah salah satu sebab aku tak update belog ni. tambah lagi dengan aku malas. penat sangat kononnya puasa ni. orang lain pun puasa tau zu.

harapnya lepasni semuanya kembali seperti biasa. amin.

p/s : selamat berpuasa di hari ke 14 :)


Tuesday, July 17, 2012

pesan dan nasihat


Assalamualaikum.

"belajar rajin-rajin, belajar elok-elok. duduk sana elok-elok. jangan risaukan aki. jangan fikirkan sangat pasal aki sakit. nanti aki baik la." -aki, julai 2012.

*airmata bertakung*


gambar : sini.

aki sakit bila ramadhan dah nak dekat. sedih hati aku.

#aki tu atuk aku. aku panggil aki.


Sunday, February 5, 2012

UIA

Assalamualaikum.

yuhuu. dah lama gila tak update belog kesayangan. dah berhabuk berdebu bersawang semua dah ni hah. aku confirm 200 peratus traffic jatuh menjunam umpama jatuh dari KLCC. sebelum pergi UIA haritu pun tak sempat nak online. sebenarnya bukan tak sempat tapi malas.

sekarang nak update pasal UIA. pasal hari pertama dekat UIA. pasal minggu taaruf atau lebih dikenali sebagai minggu suai kenal atau minggu orientasi.
  1. satu perkataan pertama untuk menjelaskan pasal taaruf week. miserable! seriously taaruf week dekat main campus lagi dahsyat dari taaruf week CFS. penat lelah letih semua ada. rasakan.
  2. aku dapat bilik kat tingkat 5! aku memang suka dapat tingkat 5, haha. bila aku cakap kat kawan lain bilik aku tingkat 5, diorang tanya. ada ke tingkat 5? soalan yang agak sedih untuk didengar. tapi yang sejuk sikit mata memandang, semua benda dalam bilik tu kaler purple. locker, drawer dekat meja study, drawer dekat katil semua purple. huarghh! kaler favourite. hihi.
  3. aku sorang je kot junior dalam bilik tu sebab takde pun yang masuk sama-sama aku. huuu, kena tumpang tidur bilik kawan sepanjang taaruf week. tak berani, hehe.
  4. kalau aku jalan sorang-sorang dalam kampus ni awal-awal macam ni, memang confirm 200 peratus akan sesat. dah la bangunan nak sama bentuk je semua -,-
  5. hari first sampai hari third taaruf week memang hectic gila la aku cakap. dia tak bagi balik bilik untuk mandi pun. program ada sepanjang hari dari 6 pagi sampai 11 malam. gila tak gila.
  6. buat pertama kalinya aku mengaku aku homesick! buang la ego untuk mengaku. rasa sunyi sangat sebab takde room mate kan. memang lagi teringat mama abah kat rumah. itu yang minggu first terus balik, haha.
  7. masa program tu punyalah tak suka. pastu bila dah nak habis tadi mulalah rasa sedih pulak. biasalah, dah nak habis baru nak appreciate. haha.
itu jelah kot yang aku ingat. tak sempat nak ambik gambar banyak sebab program memang packed gila. ada la sikit-sikit gambar.


dari kiri atikah rahidah, aku dan ina.
masa ni program apa entah, tak ingat.
#muka aku dah gelap dan muka sangat mengantuk.


haa, itulah bilik aku. locker kaler purple kan. heee, favourite.


 dari kiri ina, aku dan naz. aku sentisa tengah-tengah, heee.
sila abaikan muka aku yang seolah tak cukup tidur. 
masa malam kebudayaan atau cultural night. best gila persembahan dia.
awesome!


itu aku dengan ros. kat mana entah ni. tak ingat.
ini masa integrity games. macam explorace tu yang kena lari-lari sekitar kampus.
#aku suka gambar ni :)

sekarang aku kat rumah, balik semula UIA hari selasa. banyak jugak lagi benda tak settle. mohon dipermudahkan semuanya dan mohon terus dikuatkan semangat untuk tempoh empat tahun dari sekarang. amin.

#mula ingat taknak update lagi malam ni tapi encik yayang suruh update belog. rindu lettew. haha. 

okey, sudah la setakat ni.
nanti kalau ada masa lagi boleh update lagi.
see you soon. take care :)