Assalamualaikum.
yuhuu. dah lama gila tak update belog kesayangan. dah berhabuk berdebu bersawang semua dah ni hah. aku confirm 200 peratus traffic jatuh menjunam umpama jatuh dari KLCC. sebelum pergi UIA haritu pun tak sempat nak online. sebenarnya bukan tak sempat tapi malas.
sekarang nak update pasal UIA. pasal hari pertama dekat UIA. pasal minggu taaruf atau lebih dikenali sebagai minggu suai kenal atau minggu orientasi.
- satu perkataan pertama untuk menjelaskan pasal taaruf week. miserable! seriously taaruf week dekat main campus lagi dahsyat dari taaruf week CFS. penat lelah letih semua ada. rasakan.
- aku dapat bilik kat tingkat 5! aku memang suka dapat tingkat 5, haha. bila aku cakap kat kawan lain bilik aku tingkat 5, diorang tanya. ada ke tingkat 5? soalan yang agak sedih untuk didengar. tapi yang sejuk sikit mata memandang, semua benda dalam bilik tu kaler purple. locker, drawer dekat meja study, drawer dekat katil semua purple. huarghh! kaler favourite. hihi.
- aku sorang je kot junior dalam bilik tu sebab takde pun yang masuk sama-sama aku. huuu, kena tumpang tidur bilik kawan sepanjang taaruf week. tak berani, hehe.
- kalau aku jalan sorang-sorang dalam kampus ni awal-awal macam ni, memang confirm 200 peratus akan sesat. dah la bangunan nak sama bentuk je semua -,-
- hari first sampai hari third taaruf week memang hectic gila la aku cakap. dia tak bagi balik bilik untuk mandi pun. program ada sepanjang hari dari 6 pagi sampai 11 malam. gila tak gila.
- buat pertama kalinya aku mengaku aku homesick! buang la ego untuk mengaku. rasa sunyi sangat sebab takde room mate kan. memang lagi teringat mama abah kat rumah. itu yang minggu first terus balik, haha.
- masa program tu punyalah tak suka. pastu bila dah nak habis tadi mulalah rasa sedih pulak. biasalah, dah nak habis baru nak appreciate. haha.
itu jelah kot yang aku ingat. tak sempat nak ambik gambar banyak sebab program memang packed gila. ada la sikit-sikit gambar.
dari kiri atikah rahidah, aku dan ina.
masa ni program apa entah, tak ingat.
#muka aku dah gelap dan muka sangat mengantuk.
haa, itulah bilik aku. locker kaler purple kan. heee, favourite.
dari kiri ina, aku dan naz. aku sentisa tengah-tengah, heee.
sila abaikan muka aku yang seolah tak cukup tidur.
masa malam kebudayaan atau cultural night. best gila persembahan dia.
awesome!
itu aku dengan ros. kat mana entah ni. tak ingat.
ini masa integrity games. macam explorace tu yang kena lari-lari sekitar kampus.
#aku suka gambar ni :)
sekarang aku kat rumah, balik semula UIA hari selasa. banyak jugak lagi benda tak settle. mohon dipermudahkan semuanya dan mohon terus dikuatkan semangat untuk tempoh empat tahun dari sekarang. amin.
#mula ingat taknak update lagi malam ni tapi encik yayang suruh update belog. rindu lettew. haha.
okey, sudah la setakat ni.
nanti kalau ada masa lagi boleh update lagi.
see you soon. take care :)
5 comments:
hai kak,
congrate dh msok degree...yuni dak asasi econs...nmpk sgt korg sngt busy last week...
hai dik, yeke budak econs? kat gombak kan? nanti ada masa boleh la jumpa :)
kena raging yekk!!!
hai...nice place uia
Hihi...congratz yah!!
Post a Comment