Thursday, November 8, 2012

peluang


Assalamualaikum.

"kalau awak semua diberi satu peluang, apa yang awak nak?"

semalam dalam kelas BM, cikgu tanya satu soalan kat kitorang semua. soalan dia macam kat atas tu. ini satu benda yang aku suka pasal kelas BM. kelas dia santai. cikgu dia baik. dan dia suka berborak pasal kehidupan. oh, btw aku ambik subjek BM untuk semester ni. semua orang memang kena ambik. dan kitorang panggil lecturer BM sebagai cikgu. best kan. macam kembali ke zaman sekolah.

jadinya, untuk soalan cikgu tu. aku jawab kalau aku diberi peluang, aku nak kembali ke alam persekolahan. kenapa?




sebab pada aku, alam persekolahan adalah yang paling best kalau compare dengan unibersiti ni. kot. masa sekolah dulu, tak ada tekanan sangat. aku hanya belajar dan mengulangkaji bila aku rasa nak. masa sekolah jugak tak ada kekangan masa sangat macam masa kat unibersiti ni. sekarang ni masa tu seolah tak cukup. cewahh, padahal 24 jam tu sebenarnya dah terlebih cukup kalau digunakan sebaiknya. 

masa sekolah dulu aku sentiasa ada dekat rumah, dekat dengan mama abah. sebab yelah, aku mana pernah duduk asrama sampailah masuk UIA. herherher. masa sekolah dulu tak payah pening fikirkan pasal kuiz, assignment dan projek dan segala yang seangkatan dengannya. ye, sekolah pun ada homework. sekolah pun ada exam jugak. tapi mestilah tak seteruk kat sini kan. sigh -,-




pastu cikgu cakap macam ni,

"bila awak dah masuk alam pekerjaan nanti, awak akan rasa alam universiti adalah yang paling best, paling seronok."

cikgu cakap lagi, kita memang takkan rasa keseronokan sesuatu benda tu sampailah kita dah tak melalui benda tu. contohnya macam aku la, masa sekolah dulu punyalah rasa tak best. rasa nak cepat masuk unibersiti. sekarang dah masuk unibersiti dah pun, baru nak cakap sekolah tu best. seronok. typical me T__T

rasanya panjang pulak aku menulis malam ni. dah lama tak tulis entri agak panjang begini. jadi, apa kata kalau kita kongsi apa peluang yang korang semua nak. 

aku berhenti kat sini dulu. jom la kongsi sama-sama :)


3 comments:

CD said...

kalau diberi peluang, zizie nak kembali semula ke zaman kanak2 :) http://zafarah.blogspot.com/

Unknown said...

Kalau saya, saya nak ulang balik masa mula2 masuk U. Nak study betul2. Dapat dekan. Tapi tu KALAULAHHHH ... Hmmmmmmm .. :)

Unknown said...

sekolah brotherhood berbeza.