Thursday, August 2, 2012

akhirnya


Assalamualaikum.

hai semua. dah lama rasanya tak menulis kat belog kesayangan. banyak sebab yang jadi aku tak update belog. sibuk, takde masa, malas. ah, macam-macam la sebab. sampaikan sekarang aku nak menulis pun jadi kekok. 

dah dua minggu pun aku rasa aku tak update belog. sigh.


sumber gambar : sini


first sekali nak cerita, hari selasa 24 julai 2012, pukul 11.30 malam. mama call aku bagitahu yang akhirnya aki pergi jugak tinggalkan kami semua. aku menangis. aku belum siap untuk semua tu. tapi aku tak terkilan sebab aku dah sempat jaga dia. cumanya, beberepa jam sebelum aku dapat call tu, abah ada mesej aku cakap aki dah semakin teruk dan abah mintak aku sedia untuk semua kemungkinan. dan aku ada cakap kat mama yang aku nak balik rumah hujung minggu tu untuk jaga aki. tapi hajat aku tak kesampaian. pastu mama ada cakap, siang sebelum aki meninggal. dia cari aku. dia tanya mana aku pada kakak aku.

tapi alhamdulillah, aku sempat tengok wajah aki buat kali terakhir. wajah dia seolah tersenyum. dan aku doakan dia sentiasa tenang. amin.

so, itulah salah satu sebab aku tak update belog ni. tambah lagi dengan aku malas. penat sangat kononnya puasa ni. orang lain pun puasa tau zu.

harapnya lepasni semuanya kembali seperti biasa. amin.

p/s : selamat berpuasa di hari ke 14 :)


No comments: