Thursday, July 6, 2017

SABAH : Day 2

Assalamualaikum dan Hi.

We are back to the channel *ala ala berita kat tivi. This also might gonna be a long (mixed malay + english) post. Please bear with me (while I am not working today and I am so rajin).

Hari kedua mula dengan breakfast dekat hotel. Breakfast not provided together with hotel fees tapi kita boleh request dia provide dengan bayaran tambahan. Since dekat Kundasang macam susah sikit nak cari makanan, we decided to have our breakfast at hotel. Kami order 2 Nasi Goreng Kampung untuk kongsi makan 4 orang + air masing-masing for 4 persons. Rasanya harga Nasi Goreng tu RM10 per plate. Breakfast pun boleh dapat view Gunung Kinabalu guys. 


Breakfast. Nasi goreng kongsi.



Begitu view dia, I jatuh cinta berkali-kali :)

Lepas breakfast, terus check out hotel and directly heading to Desa Dairy Farm tempat lembu moo moo banyak-banyak. Just waze Desa Dairy Farm and sekali lagi jalan dia berliku subhanallah. Bukit dia curam juga tapi tak securam bukit nak naik hotel Crystall Inn. Kena ready mental dan fizikal kalau nak jalan area Kundasang. 

Nak masuk Desa Dairy Farm kena bayar RM5 per person. It is highly recommended to come here before 9am sebab nak dapat tengok view gunung dari sini kan. Well, dekat Kundasang ni mostly about its beautiful views, bukan begitu? Lambat, rugi. After 9am, gunung dah malu-malu nak munculkan diri. Dia dah mula berlindung sebalik kabus tebal. Dekat sini boleh bagi makan baby lembu tapi kami pergi tengok je baby lembu tersebut, tak bagi makan pun. Dekat sini juga boleh beli susu dengan aiskrim yogurt sedap. Maybe sebab dia fresh dari ladang yang jadi sedap. Harga aiskrim dengan susu tak ingat. Hehehe. 



Maafkan saya, saya silau.


My personal favourite. Masa ni gunung dah mula tertutup dengan kabus.


Aiskrim yogurt sedap. Wajib try kalau datang sini.

Lepastu kami bergerak ke Kinabalu Park. Tempat ni kita lalu kalau on the way nak ke KK kalau dari Kundasang. It will be on your right kalau dari Kundasang. Masuk sini kena bayar RM3 per person. Boleh bawak masuk kereta sampai dalam and jalan sampai ke hujung sekali kat starting point orang nak hiking Gunung Kinabalu. Dekat sini tak ada apa yang menarik sangat. Bergambar dan terus keluar. 

Dekat belakang tu ada banyak tupai-tupai liar yang lapar. Jadi hati-hati takut dia gigit.



Starting point nak hiking Gunung Kinabalu. Maka kita acah acah nak mendaki, yeah?


Sis yang paling kiri, mata mana?

Dekat Kinabalu park mostly gambar. Nampak spot macam lawa sikit, terus park kereta dan bergambar. Hehehe. Itu sahaja untuk Kundasang. Kami skip Fish Spa & Poring Hot Spring. Dekat Poring ada canopy walkaway, so next time kalau repeat Sabah wajib pergi Poring Hot Spring :)

Lepastu kami terus bergerak ke KK semula dan terus check in hotel. Kami book Hotel De Galleria pun through booking.com for RM80/person for 2 nights stay. Lepas settle check in, terus pergi cari makan sebab masing-masing lapar kebulur, hahaha. Kami makan dekat Restorang Sempelang, KK (boleh waze) tak jauh dari area hotel. Kami makan nasi campur. Makanan was okay, pekerja kedai were okay, harga pun affordable. 

After that, we headed to Signal Hill Observatory Tower (kot) nama dia. Dekat sini boleh tengok view bandar KK dari atas tapi sebenarnya takdelah nampak the whole city pun. KK tu besar gabak. There was nothing much here. 


Second personal favourite.

After that, we headed to Tanjung Aru dengan harapan nak tengok sunset tapi rasanya salah tempat (LOL) sebab kami waze Tanjung Aru First Beach and turned out bukan macam the famous Tanjung Aru yang orang selalu pergi tu. Sebab tak ramai orang pun kat situ. Huhu. Lepastu rasa macam awal sangat kot datang, matahari taknak turun lagi pun hahaha.





Atas jambatan tepi jalan. We got so many weird staring for this (insert annoyed emoji)

Atfer that, we headed to Pasar Filipino (or whatever you guys call it) since it is located not far from the location of this photo. Tapi traffic jammed sama macam KL masa ni. Lepastu nak cari parking pun satu lagi masalah. Berapa kali pusing entah baru dapat parking. Makan seafood dekat sini. we tried big lobster here sebab nak sangat rasa. Dekat sini ada tempat jual products based on pearl, ikan bilis (dan seangkatan dengannya), kerepek dan keropok macam amplang juga ada tempat makan seafood. So semuanya ada dekat sini, like 4 or maybe 5 in 1?


Semuanya dah sememeh sebab tak mandi dari pagi hahaha

Ikan terubuk masin from Sarawak pun ada jual dekat sini. Beli selagi boleh. Orang jual tu akan bungkus kan barang kita beli dalam kotak and dia ada seal elok-elok sekemas yang boleh supaya tak berbau dalam flight nanti. Be it ikan bilis, ikan jeruk or keropok kerepek semuanya dia akan isi dalam kotak dan balut kemas. I pula takt tahan godaan dengan pearl cantik-cantik subhanallah. Walaupun bukan jenis pakai sangat benda macamtu, tetap membeli. Typical :')

Maka, itu sahaja untuk SABAH : Day 2. Nanti-nanti sambung lagi untuk Day 3 and Day 4 (last day) of us there.

Catatan sebelum:

Thank you for reading, guys.



1 comment:

Unknown said...

Bile nk sbung crite