Assalamualaikum and Hi
So long after the introduction (read : mukadimah) on Sabah post, yeah? I've been busy (read : lazy) to even switch this laptop on, let alone the fasting month and Raya so on. Hew. It has been two months since Sabah trip. We will write sedikit sebanyak here, yeah? This gonna be a long post, so bear with it okay?
We (me, Zalikha, Tihah and Yani) booked flight tickets around January this year, as to what I remember. We got return ticket for around RM180/person. Mahal kan? Tapi semuanya dah tak sabar nak pergi (especially me), we couldn't even wait for promo whatever. Hahaha. KUL-BKI flight was at 9 am. Breakfast McD dekat airport. Sampai sana around 12pm, owner kereta sewa dah tunggu dah walaupun kita bagitahu dia untuk kita ambil kereta pukul 1pm.
We rented a Perodua Viva for RM 270 rasanya for roughly 36 hours (3 days 3 night). Kononnya nak sewa VIVA sebab jimat kos lepastu menyesal sebab kecil sangat sebab luggage dah besar gabak setiap seorang. Lepas dah settle kereta sewa (bayar deposit RM 100, the remaining amount will need to settle masa ambil kereta), kami pergi makan dekat area bandar KK namanya D'Lengkuas. Boleh waze je nama kedai tersebut. Makanan okay, banyak pilihan and rasa boleh tahan sedap.
Tips : Sila beli kupon parking, gores dan pamerkan dekat dashboard kereta untuk elakkan saman oleh Dewan Bandaraya.
Lepas siap makan, terus bergerak untuk ke Kundasang. Dalam perjalanan ke Kundasang, boleh singgah di Rumah Terbalik. But we skipped this one sebab rasa tak berbaloi. Kalau dari KK, Rumah Terbalik will be at your left. Sambung lagi perjalanan, singgah dekat Jambatan Gantung dekat area Tamparulli (juga boleh waze). Dekat sini tak ada apa yang menarik sangat except bergambar dekat atas jambatan gantung tersebut. Tiada bayaran masuk dikenakan.
Bawah tu sungai, jadi sila berhati-hati pegang kamera & handphone.
Lepas dah habis bergambar, teruskan perjalanan ke Kundasang. Amboi, jauhnya nak sampai. Dah masuk area Kundasang tu, hujan turun dengan lebatnya. Kabus tebal ya ampun. Please take note that jalan ke Kundasang sangatlah mencabar mental dan fizikal. Huhu. Sis yang katang dekat sini jadi kalah dengan jalan dia dekat sana. Herghh. Total perjalanan lebih kurang 3 jam termasuk masa berhenti dekat Jambatan Gantung tersebut.
Sampai ke Kundasang around 4pm terus pergi check in hotel. Kami book Hotel Crystall Inn, Kundasang through booking.com for RM46/night/person. Nak sampai ke hotel ni sekali lagi mencabar subhanallah. Bukit dia almost 90 degrees punya curam tambah dengan bumpy road lagi, huuu. Tapi the view was to die for I tell you. Lepas check in, terus turun semula jalan jalan kat Pekan Kundasang bawah tu untuk cari makan malam. Tapi kami jumpa KFC je seketul. Maka KFC la untuk malam tersebut.
"Macamlah dekat KL takde KFC" -bebel zuhaida pada diri sendiri.
Despite the bumpy road, this kind of view is major love.
View dari bilik kami dekat Crystall Hill. Superb (insert love emoji)
Tips : Dekat Sabah pukul 6 pagi dah cerah terang benderang (walaupun mungkin awak semua dah tahu), sila bangun seawal 5 pagi untuk dapat tengok view Gunung Kinabalu macamni. Kalau lambat nanti melepas. Rugi.
Sebab dia cepat cerah, maka malam pun mesti cepat mengantuk. Jangan taktahu, sis balik dari Sabah jadi acah acah macam jetlag asyik mengantuk je tak habis-habis, kahkah. Dekat sini lebih sejuk dari Cameron Highlands, kot. Sampai ada yang takut nak mandi, kahkah.
Maka, itu sahaja untuk SABAH : Day 1. Mari doakan I will be rajin enough to continue this Sabah post for next three remaining days of us there.
Catatan sebelum:
Thank you for reading, guys.
No comments:
Post a Comment