Thursday, February 27, 2014

pasal belajar


Assalamualaikum. Dan hai.

Dua post yang aku tulis sebelum ni, aku rasa macam "eh, rajin pula aku menulis. post macamtu pula". Itulah, kalau dah rajin, dan ada rasa nak tulis, aku akan tulis walaupun dua baris ayat. Kalau dah malas, dan tak ada keinginan nak menulis, langsung dianaktirikan blog ni. Sedih. Lepastu scroll twitter dengan instagram sampai ceroh. Eh. 

Lepastu rasa macam "laa, banyak sangat masa terbuang dengan benda alah tu". Tapi, esoknya buat lagi. And the cycle goes on everyday. Hmm, zuhaida yang tipikal. 

Pasal kehidupan seharian. Tak banyak benda baru. Kitaran hidup berputar dekat paksi sama. Bangun pagi, pergi kelas, balik kelas. Tak ada yang lain. Dah masuk third year, baru tahu rasa penat dia macam mana. Bila dua sem sebelum ni aku tak ada kelas petang, lepastu tetiba sekarang nak kena hadap kelas petang sampai jam 5. Malam nya rasa nak pengsan. A hectic life, I must say. 

gambar [sumber]

Lepastu mula lah buat ayat pujuk diri sendiri.
"Takpe, nak jadi engineer macam ni la. Sikit je lagi, sikit lagi.

Ayat favourite aku "inilah harga pengorbanan yang harus dibayar". Haa nampak? Skema pula ayat nak pujuk diri sendiri. 

Satu benda yang aku selalu cakap pada diri sendiri "di hujung jalan ini nanti akan ada hasil dia. InsyaAllah". 

Dan semoga semua ini berbaloi, InsyaAllah. Semoga terus kuat. 

nah, tolong klik ----> LINK. terima kasih zillion kali.


1 comment:

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)