Monday, August 4, 2014

bukan mustahil


Siapa kata nak move on tu mudah. 
Memang tak mudah, tapi kau kena cuba juga.
Buatlah apa-apa supaya kau berjaya move on.

"eleh, sembang macam kau senang je nak move on"
"cakap serupa kau pernah lalu proses nak move on tu sendiri"

Aku pernah juga merasa sakitnya nak move on.
Aku pernah, jadi aku tahu juga rasa serupa apa kau kena lalu.
Cumanya beza aku dengan kau, mungkin sakit kau lebih lagi dan sakit aku kurang sedikit. 
Atau sebaliknya.
Tapi percayalah, aku tahu.

Orang putih kata "experience is the best teacher" kan?
Memang betul. 

"The sooner you realize that it's never gonna go back to the way it was, the sooner you can move on" -via tumblr
Tak, aku bukan cakap pasal nak move bila lepas clash dengan pakwe atau makwe sahaja.
Move on tu pasal semua benda.


Thursday, February 27, 2014

pasal belajar


Assalamualaikum. Dan hai.

Dua post yang aku tulis sebelum ni, aku rasa macam "eh, rajin pula aku menulis. post macamtu pula". Itulah, kalau dah rajin, dan ada rasa nak tulis, aku akan tulis walaupun dua baris ayat. Kalau dah malas, dan tak ada keinginan nak menulis, langsung dianaktirikan blog ni. Sedih. Lepastu scroll twitter dengan instagram sampai ceroh. Eh. 

Lepastu rasa macam "laa, banyak sangat masa terbuang dengan benda alah tu". Tapi, esoknya buat lagi. And the cycle goes on everyday. Hmm, zuhaida yang tipikal. 

Pasal kehidupan seharian. Tak banyak benda baru. Kitaran hidup berputar dekat paksi sama. Bangun pagi, pergi kelas, balik kelas. Tak ada yang lain. Dah masuk third year, baru tahu rasa penat dia macam mana. Bila dua sem sebelum ni aku tak ada kelas petang, lepastu tetiba sekarang nak kena hadap kelas petang sampai jam 5. Malam nya rasa nak pengsan. A hectic life, I must say. 

gambar [sumber]

Lepastu mula lah buat ayat pujuk diri sendiri.
"Takpe, nak jadi engineer macam ni la. Sikit je lagi, sikit lagi.

Ayat favourite aku "inilah harga pengorbanan yang harus dibayar". Haa nampak? Skema pula ayat nak pujuk diri sendiri. 

Satu benda yang aku selalu cakap pada diri sendiri "di hujung jalan ini nanti akan ada hasil dia. InsyaAllah". 

Dan semoga semua ini berbaloi, InsyaAllah. Semoga terus kuat. 

nah, tolong klik ----> LINK. terima kasih zillion kali.


dah lama


"aku kenal dia dah lama. dari zaman muda-muda dulu"

kalau kenal lama pun, belum tentu kita dengan dia sampai hujung nanti.
doa. 
minta dengan Dia supaya panjang jodoh sama-sama. 
minta supaya kekal berdua. 
sama macam masa mula kenal dulu.
minta supaya manisnya sama macam dulu.

*ingatkan diri sendiri juga.

nah, tolong klik ----> LINK. terima kasih zillion kali.


Wednesday, February 26, 2014

life is to keep walking


Hidup, memang berkisar tentang perjalanan.
Perjalanan jauh tuju destinasi impian.
Kalau jatuh sekali di tengah perjalanan itu, bangunlah.
Teruskan perjalanan. 
Jauh lagi untuk sampai ke situ.


foto koleksi sendiri

Jangan takut untuk cuba bangun dan terus berjalan.

Because life is to keep walking.

*ingatkan diri sendiri juga.

nah, tolong picit ----> LINK. terima kasih.