Assalamualaikum.
ini adalah satu sms dari sorang teman baik saya. rasa sangat menarik untuk dikongsi. seriously saya impressed gila dengan ni dan mestilah insaf sekejap.
"Semua benda yang memberi kejutan perlukan letupan. Kalau tak bunyi 'sssss' tentu tak terkejut kan. Tubuh kita perlukan tekanan. Bila paip air takde air, maknanya takde pressure la waktu tu. Betul tak? Manusia memang sifatnya suka nak lemah-lemah, malas-malas, relaks-relaks tapi tu semua akan membawa kepada kemunduran. Kalau nak maju perlukan tekanan. Kita memang perli ditekan sikit supaya bergerak dan bertindak. Biasanya orang jarang ketinggalan kapal terbang. Sebab apa? Sebab syarikat penerbangan memberi tekanan dekat kita. Siapa lambat 'goodbye' dan wang takkan dikembalikan. Jadual diorang telah memberikan tekanan dan kerana itulah orang tak boleh tidur atau tidur tak selesa jika dia nak terbang esok. Nampak tak tekanan tu boleh jadualkan hidup manusia dan jadikan manusia lebih berdisiplin untuk capai kemahuannya. Renungkan. Kehidupan ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya kita tak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu."
thanks kamal :)
woot woot, serius panjang gila dia text saya semalam. ini memang kena tepat kat saya sebab biasalah saya ni. kalau konon pressure sikit tu terus taknak belajar. so ini boleh jadi pengajaran ye cik zuhaida.