Sunday, May 12, 2013

Uzbekistan - HARI KEEMPAT


Assalamualaikum.

dah lama benor tak sambung entri uzbekistan. kan? oleh sebab itu, marilah kita menyambung petang ni untuk entri hari keempat kat uzbek.

hari keempat, 26 mac 2013. pagi tu macam biasa, lepas sarapan. get ready untuk ke Uzbekistan State University of World Languages ( UzSUWL ). kitorang naik teksi ke sana. satu teksi boleh muat 3 - 4 orang. satu trip dalam 4000-5000 UZS. setiap teksi kena ada sorang lelaki untuk keselamatan. memula teksi tu hantar ke tempat yang salah. dia hantar kitorang ke tempat kuliah universiti tu. tapi kitorang sepatutnya ada perjumpaan dengan admin dan student bahasa melayu universiti tu dekat tempat pentadbiran diorang which is kat tempat lain.

okey pastu tunggu bas pulak nak ke tempat tu. tambang bas 1000 UZS sehala. dalam bas pun kena pandang pelik. alaa, macam biasa tu. hikhik. mula sampai, kena buat persembahan macam biasa. pastu student diorang pun buat persembahan. yang awesome nya diorang guna lagu dari mesia. 


sebahagian student yang belajar bahasa melayu.
nampak tu bunga manggar? kitorang guna untuk persembahan la tu :)


lepas persembahan.

lepas persembahan tu, kitorang start berinteraksi dengan diorang. aktivitinya, mengajar diorang buat bunga telur dengan ketupat. haa. sambil mengajar diorang tu, kitorang cakap bahasa melayu. tapi kena cakap baku la. takde rojak punya. kitorang cerita la apa kegunaan bunga telur dengan ketupat. masa bila kita guna benda tu. jadi dari situ la boleh mantapkan bahasa melayu diorang. 


bunga telur macam tu ha. mohon abaikan tangan. haha.


cikgu razman tengah tekun mengajar. student tu tekun belajar. 
at last, dia berjaya buat ketupat tu. 
aku tabik spring kat dia, serius. sebab aku pun tak pernah pandai buat benda tu -,-

lepas dah habis sesi interaksi, kitorang get ready nak balik dah. kemas-kemas semua. terus gerak ke tempat tadi yang awal-awal kitorang sampai tadi. yang aku kata driver teksi tersalah hantar tu. pergi situ untuk melawat sekitar kawasan kampus diorang. kelas tempat diorang belajar. 


salah satu kelas kat sana. 
ada letak bendera malaysia semua kat situ. okey, rasa bangga sekejap.

since universiti ni nama dia Uzbekistan State University of World Languages, jadi dia memang ajar bahasa-bahasa dunia. salah satunya bahasa melayu. lain-lain ada bahasa turki, bahasa indonesia ( kalau tak silap aku ) dengan banyak lagi bahasa lain. dulu, cikgu zuber pernah mengajar bahasa melayu kat sini dalam lebih kurang dua tahun macam tu. sebabtu program ni buat kat Uzbekistan.

lepas tour tu, kitorang gerak ke kafe. kafe dia takdelah jual nasi yang macam kat mesia, yang nasi putih ada lauk-lauk banyak. haha. ada nasi, tapi nasi dia macam pelik gila. kitorang semua beli nasi tu, tapi boleh kata semua tak habis makan. sebab rasa dia pelik kemain. 

lepas dah siap makan semua, kitorang gerak ke satu tempat pameran seni. dia bukanlah pameran sangat, sebenarnya lebih kepada jualan hasil kraftangan. benda yang dia jual lebih kurang sama je macam yang jual kat chorsu bazar, cuma tempat dia lebih selesa sebab indoor. ada aircond segala. orang kat situ kemain ramai. MashaAllah, nak jalan pun agak susah. penjual kat sana kebanyakkannya akan tulis je harga barang kat henfon diorang bila kitorang tanya. sebab diorang tak faham english. kitorang tak faham bahasa uzbek. ha hambik. communication memang masalah utama kat sini kalau kita tak ada tukang translate. haha.

lepastu, kitorang gerak ke satu masjid yang berdekatan situ. jalan kaki je. takdelah dekat sangat tapi takdelah jauh. tapi nama masjid tu memang aku dah lupa. tapi masjid tu cantik la. unik rekabentuk dia. 


gambar sekitar kawasan masjid.

dekat kawasan masjid ni, ada satu tempat dia simpan banyak koleksi Al-Quran. dari sebesar-besar saiz Quran sampai sekeik-kecik saiz Quran. masuk situ kena bayar 5000 UZS seorang. tapi takde gambar kat situ sebab dia memang tak bagi ambik gambar. rugi tau. dah la tempat tu lawa -,- tapi kitorang tak lama sangat dalam tu sebab tempat tu dah nak tutup masa kitorang masuk tu.


semua ada dalam ni kecuali nazurah. sebab dia yang tangkap gambar.
aku suka sangat gambar ni :)

lepastu kitorang get ready untuk balik hotel. masing-masing dah penat, lapar dan segala macam rasa lain. muka masing-masing memang dah lemau sangat. terutama aku. hikhik. tunggu teksi. balik ke hotel. 

malam tu cikgu zuber, cikgu razman ( rasanya cikgu razman pun ikut, tapi aku tak berapa sure ) dengan beberapa budak lelaki pergi rumah uncle rustam. diorang makan kat sana. tak aci betul. yang perempuan semua tinggal kat hotel. kitorang makan apa malam tu, aku dah tak ingat. haha. 

kan aku dah cakap, aku memang mengalami masalah untuk ingat apa yang jadi waktu malam masa kat uzbek. blerghh -,-

okey, aku rasa itu je kot cerita hari keempat. oh ye, yang pasal pergi rumah uncle rustam waktu malam tu, aku tanya kat apak paan. so credit goes to him ^^ 

p/s : semua gambar dalam entri ni kredit kepada nazurah sebab kamera aku tak berfungsi hari keempat tu. hiks. 

p/s II : kalau ada cerita yang tertinggal atau terlebih, bagitahu kakteh okey #TeamUzbek.